Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Perancang tengah negara, Brendan Gan kini masih berstatus ejen bebas.

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan watak penting buat Harimau Malaya apabila beraksi di pentas Piala Asia AFC 2023.

Aksinya mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia untuk mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh Selangor FC, kapten The Red Giants itu membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan dan membawa haluan baharu selepas 4 musim bersama.

Brendan telah dikaitkan dengan beberapa destinasi baharu termasuklah pulang beraksi di A-League menerusi laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Baru-baru ini, perancang tengah versatil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang namun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi setakat ini.

Advertisements

Perkembangan terbaru oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunjukkan bahawa beliau masih berstatus ejen bebas tatkala ruangan kelabnya masih tidak terisi.

Copy of Untitled Design 21 Brendan Gan Masih Bergelar Ejen Bebas

Brendan telah pun beraksi hampir 80 penampilan selain meledak 14 gol dan merekodkan 12 bantuan gol secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram