Brendan Gan Tak Sangka Harimau Malaya Terlalu Mengancam

brendan gan 6 Brendan Gan Tak Sangka Harimau Malaya Terlalu Mengancam
FA Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pemain Kacukan Malaysia-Australia, Brendan Gan Seng Ling meluahkan rasa gembira apabila skuad kebangsaan berjaya menewaskan Filipina dengan penuh bergaya.

Pemain tengah Selangor itu akui barisan pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi yang luar biasa dalam perlawanan pertama Tri-Nations Friendly Series.

Tambah Brendan Gan, permulaan yang positif buat skuad Harimau Malaya menjadi satu tonik bagi perlawanan seterusnya menentang pasukan Singapura.

Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya berjaya menumpaskan Filipina pada tahun 2007 dan Safiq Rahim merupakan salah seorang pemain yang beraksi ketika itu.

Barisan Harimau Malaya mempersembahkan aksi yang sungguh bertenaga dan berdedikasi sejak dibawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon.