BRM FC Tak Gentar Jumpa JDT
Dunia
official_brmfc
Advertisements

Pasukan amatur Budak Rumah Murah, BRM FC dijadual akan bertemu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim dalam saingan pusingan pertama Piala FA pada 13 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BRM FC, Muhammad Ghafari Muhammad Nasir menganggap ianya sebagai satu peluang dan pengalaman yang berharga dapat bertemu pasukan yang beprestasi tinggi.

Dalam pada itu, Ghafari yakin bahawa barisan pemain BRM FC sentiasa positif untuk terus beri tentangan yang hebat dan tidak akan mengaku kalah terlalu awal.

Advertisements

“Kalau dari saya, kita tak takutlah kerana ianya satu peluang dan pengalaman bermain dengan pasukan yang terbaik di Malaysia. Kami akan beri cabaran baik dan sengit kepada JDT.

“Kita tidak boleh terlalu mengalah terlalu awal dalam permainan bola sepak, seperti ketua pasukan saya cakap ‘bola itu bulat’.

“Pemain JDT punyai dua kaki, pemain kami pun ada dua kaki. Kita akan bermain sebaik mungkin dengan semangat juang yang tinggi.

Advertisements

Tambah Ghafari, BRM FC akan mencipta satu kejutan yang diluar jangkaan. Beliau yakin dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan sesuatu kejayaan yang bermakna.

“Saya memang menjanjikan sesuatu, saya mahu bakar semangat barisan pemain BRM FC,” kata Ghafari Nasir dalam satu temubual di Youtube Harimau Malaya.

Kehadiran pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga Super seperti Azmeer Yusof dan Fakri Saarani bakal memberi satu tonik buat pasukan BRM FC untuk menjadi tunjang utama menentang JDT.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram