Tonton: Cubaan Bruno Fernandes Bantu Liverpool Dengan Jaringan Sendiri
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes melakukan cubaan untuk menjaringkan gol sendiri selepas Liverpool dilihat sukar untuk menembusi gawang gol tuan rumah.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang Old Trafford itu bermula dengan cukup baik apabila anak didik kendalian Erik Ten Hag mendahului dengan dua gol hasil jaringan Jadon Sancho dan juga Marcus Rashford.

Ketika Liverpool terdesak mendapatkan gol, tindakan luar kawalan daripada kapten United itu mendapat perhatian para penonton.

Advertisements

Anak didik Jurgen Klopp dilihat mengatur gerak untuk mengasak kubu The Red Devils yang dikawal oleh De Gea namun cubaan untuk mengeluarkan bola itu hampir-hampir menghukum United.

Pemain kebangsaan Portugal ini cuba untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya namun sepakannya hampir masuk ke dalam gawang sendiri.

Namun begitu, ia berjaya dihadang oleh pertahanan tengah United, Lisadro Martinez sebelum Fernandes menyepak keluar bola tersebut.

Advertisements

Liverpool memperoleh gol saguhati perlawanan menerusi Mohamad Salah namun tandukannya gagal membantu pasukan membawa pulang sebarang mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram