Advertising
Bruno Suzuki Kongsi Keterujaan Peluk Islam
Inspirasi
MakanBola
PDRM FC

Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki mengakui amat gembira dan teruja selepas bergelar seorang Muslim kerana itu hasrat yang sudah lama terbuku di hatinya.

Hasrat bekas penyerang Home United itu terlaksana apabila beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid PULAPOL semalam.

Ad

“Saya sudah lama menyimpan hasrat itu sebab saya menetap di sini dan saya ada rancangan untuk berkahwin. Ini sesuatu yang saya sudah lama rancang,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan PDRM FC-Selangor FC semalam.

Ad

Apa yang lebih menggembirakan Suzuki ialah ramai rakyat Malaysia bukan saja mengucapkan tahniah tetapi mengalu-alukannya seperti ahli keluarga mereka. Dan itu yang merasakan dirinya makin dekat dengan negara ini.

“Saya rasa sangat gembira kerana dialu-alukan, pertama kali dalam hidup saya dialu-alukan. Dan selepas saya lihat di TV dan media sosial semua orang hantar mesej ‘Selamat menyertai keluarga’ kepada saya, Malaysia lebih kepada keluarga untuk saya,” tambahnya.

Ad

Ini sesuatu yang diharap mendorongnya untuk membantu PDRM FC lebih cemerlang selepas ini. Setakat ini, Suzuki sudah menjaringkan empat gol dalam Liga Super.

Ad