Bubista Tinggalkan Cape Verde
MakanBola
FCF

Jurulatih Cape Verde, Bubista sah tidak lagi bersama pasukan Afrika itu.

Pemilik nama sebenar Pedro Leitao Brito itu kini menempuh cabaran baharu dengan memimpin pasukan Maghribi, RS Berkane. Pelantikan jurulatih berusia 56 tahun itu diumumkan Berkane baru-baru ini.

“Selamat datang ke Berkane! Bubista,” kata kelab dalam satu kenyataan. Bubista dilaporkan menyertai Berkane dengan tawaran kontrak selama dua tahun.

Bekas jurulatih Mindelese itu mula dikenali di pentas antarabangsa susulan pencapaian Cape Verde di pentas Piala Dunia. Ini termasuk kejayaan mengikat dua pasukan ternama, Sepanyol dan Uruguay di peringkat kumpulan.

The Blue Sharks turut menjadi duri dalam daging kepada naib juara dunia, Argentina di pusingan 32 pasukan terbaik. La Albiceleste dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 3-2.

Pencapaian di Piala Dunia bukan saja melonjakkan nama Bubista. Malah, nama penjaga gol veteran Cape Verde, Vozinha juga menjadi sebutan ramai peminat bola sepak.

Selepas bergelar ejen bebas sepanjang kejohanan, beliau dijangka berkelana ke Chile untuk menyertai kelab Colo Colo.