Bukan Nak Bodek, Tapi Sudah Terbukti JDT Beri Kemudahan Kelas Pertama
Dunia
Kuching City FC
Advertisements

Menurut laporan daripada Utusan Online, pihak Kuching City FC telah menzahirkan rasa teruja serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris atas layanan baik yang diberikan.

Terdahulu, Kuching City FC telah menggunakan stadium dan padang latihan di Pasir Gudang dalam saingan Liga Premier dan Piala Malaysia untuk musim ini. Kuching City FC telah mendapat kebenaran daripada TMJ untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada di pasir Gudang.

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim tampil dan memuji pengurusan JDT yang telah menyediakan fasiliti terbaik buat pasukannya. Tambahnya kemudahan yang diberikan juga berada dalam kelas pertama.

Advertisements

“Saya bukan hendak membodek tetapi kami dapat kemudahan kelas satu terutama padang latihan dan permainan.”

Irfan Bakti turut menjelaskan bahawa Kuching City sudah berada di Pasir Gudang hampir setahun. Irfan mengakui bahawa barisan kejurulatihan dan pemain amat merindui suasana di Sarawak setelah mengharungi saingan liga Malaysia dengan menjadikan Stadium Pasir Gudang sebagai gelanggang sendiri.

“Tidak ada dalam sejarah sebuah pasukan terpaksa beraksi 25 perlawanan di luar kawasan sendiri. Sudah tentu pemain rindukan kampung halaman selepas begitu lama berada di luar.”

Advertisements

Dalam pada itu, Irfan memaklumkan bahawa Kuching City akan kembali bermain di Stadium Negeri Sarawak dalam aksi menentang Terengganu FC pada Rabu. Pemain-pemain Kuching City FC juga sudah merindui untuk beraksi di Sarawak.

“Selepas bermain 20 perlawanan Liga Perdana dan lima perlawanan Piala Malaysia di Semenanjung, kami akhirnya dapat beraksi di gelanggang sendiri. Pemain gembira dapat juga bermain di tempat sendiri.”

“Jadi pemain saya memang menunggu detik untuk bermain perlawanan terakhir di Kuching. Walaupun perlawanan ini tanpa penonton tetapi pemain tetap gembira bermain di kandang sendiri.”

Advertisements

Irfan Bakti juga gembira dengan pencapaian pasukannya dalam kempen Piala Malaysia. Walaupun Kuching City tidak layak ke peringkat suku akhir, namun pengalaman berentap dengan jaguh-jaguh pasukan Liga Super sudah pasti memberikan nilai tambah buat pasukan.

“Kami diundi dalam kumpulan sukar bersama tiga pasukan Liga Super. Jadi saya gembira dengan pencapaian kami ini,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram