Buriram United ‘Borong’ 11 Pemain
MakanBola
Buriram United

Buriram United berbelanja besar dengan mendapatkan 11 orang pemain baharu.

11 pemain tersebut ialah Uros Radakovic, Vukan Savicevic, Stefan Schimmer, Sebastian Moyano, Paulo Henrique, Darlan Mendes, Nathan Pelae, Wanderson Martins atau Caju, Jakkapan Praisuwan, Iklas Sanron Klass dan Anan Yodsangwal.

Kesemua pemain ini diumumkan sebagai pemain baharu Buriram baru-baru ini.Ini dilihat sebahagian daripada usaha kelab gergasi Thailand itu mengekalkan kecemerlangan yang dilakar pada musim lalu.

Sesetengah pemain yang dibawa masuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa tonggak. Antara pemain yang meninggalkan Buriram ialah Sandy Walsh, Suphanat Mueanta, Filip Stojkovic dan Leon James.

Walsh, Suphanat dan James masing-masing menyertai Persib Bandung, RB Omiya Ardija dan BG Pathum United. Stojkovic pula meninggalkan kelab selepas tidak dikekalkan untuk musim 2026/27.

Buriram dijangka sibuk mengharungi musim 2026/27. Selain saingan di peringkat domestik, mereka juga akan mengharungi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Shopee Cup.

Buriram yang juga juara bertahan Shopee Cup akan berdepan cabaran dalam Kumpulan A. Ini kerana antara pencabar pasukan itu dalam kumpulan berkenaan ialah Kuching City FC, Ratchaburi dan Tampines Rovers.