BWF World Tour Finals 2023: Aaron Chia & Wooi Yik Hadapi Tentangan Dua Jaguh China
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik diundi bersama dua beregu China dan beregu Jepun dalam kumpulan A BWF World Tour Finals 2023.

Pada majlis undian yang berlangsung malam tadi menyaksikan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang juga beregu nombor tiga dunia ketika ini berada di dalam kumpulan A bersama-sama dua beregu tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dan Liang Weng Keng-Wang Chang.

Satu lagi beregu lelaki yang diundi di dalam kumpulan A ialah juara Kejohanan Dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun sekaligus melengkapkan empat pasangan beregu lelaki di dalam kumpulan itu yang mana juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

Advertisements

Manakala di kumpulan B, juara Kejohanan Dunia 2023 dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae diundi bersama pasangan berpengalaman dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Pertembungan sesama negara turut berlaku di dalam kumpulan B apabila dua beregu lelaki utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto serta Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana juga ditempatkan di kumpulan yang sama.

Advertisements

Undian lain yang melibatkan atlet badminton Malaysia memperlihatkan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga akan berdepan wakil negara Tembok Besar China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di dalam kumpulan A.

Tang Jie-Ee Wei yang akan membuat kemunculan pertama di BWF World Tour Finals turut diundi bersama beregu nombor dua dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino serta wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di dalam kumpulan yang sama.

Advertisements

BWF World Tour Finals 2023 yang bertempat di Hangzhou, China akan membuka tirai pada 13 Disember 2023 menyaksikan 8 pemain atau beregu terbaik dari setiap sektor akan bertarung untuk bergelar juara dan merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD 2,500,000.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram