Advertising
Calon Pemain Baru Terima Pasport & Wakili Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Calon pemain terbaru yang difahamkan bakal menerima pasport dan beraksi untuk Malaysia.

Baru-baru ini, tular berita mengenai usaha revolusi yang diusahakan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap skuad kebangsaan.

Ad

Hal ini termasuklah pelantikan ketua jurulatih baharu negara, Peter Cklamovski bagi membantu Harimau Malaya menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027 tahun hadapan.

Ad

Skuad Malaysia B-23 juga menerima sentuhan baharu apabila bekas pengendali Kedah, Nafuzi Zain dilantik bagi mengisi jawatan yang disandang oleh Juan Torres Garrido.

Khabar yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan pertemuan antara DYAM Tunku Ismail dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Ad

“Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

Ad

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” jelas Baginda dalam satu kenyataan.

Ad

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa pemain tengah berbakat, Wan Kuzain Wan Kamal akan menerima pasport dan mewakili skuad kebangsaan.

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Nasib pemain berusia 25 tahun itu akan diketahui setelah kem latihan pusat kendalian Cklamovski dijalankan.