Cara Al-Ahly Umum Dapatkan Pemain Palestin Buat Air Mata Jantan Gugur
MakanBola
Al-Ahly SC
Sponsors

Kelab Mesir, Al-Ahly telah mengumumkan ketibaan penyerang Palestin, Wessam Abou Ali sebagai pemain baharu mereka pada Khamis.

Tambah menarik, video pengenalan pemain yang cukup kreatif dan mengusik hati itu telah mencuri perhatian warga maya di seluruh dunia sejak kelmarin.

Ad

Di dalam video berkenaan memaparkan seorang wartawan memakai uniform lengkap dengan jaket keselamatan dan topi keledar mirip wartawan yang melaporkan keganasan yang berlaku di Gaza.

Ad

Wartawan tersebut mengumumkan seorang pemain dari Palestin bakal menyarung jersi keramat kelab Al-Ahly dan berharap pemain tersebut bakal menjadi kebangaan buat mereka.

“Saudara dan saudari sekalian, semoga tuhan merahmati kamu”

Ad

“Dari jantung Gaza yang berdaya tahan, izinkan saya bercakap kepada anda. Seorang pemain Palestin, Wessam Abou Ali akan menyarung jersi kelab Afrika negara ini, kelab yang mendapat tempat istimewa di hati kami”

Ad

“Kami berharap dia akan menjadi wakil dan penambahan yang hebat kepada kami dan kepada kelab berprestij Al-Ahly ini”

“Dari sini, bumi Palestin yang merdeka bebas sehingga menjadi kebanggaan negara”

Video tersebut meraih 1.4 juta tontonan di laman X rasmi kelab dan rata-rata penonton amat terharu dengan pembikinan video berkenaan yang mengingatkan mereka mengenai saudara-saudara Muslim yang kini ditindas di Palestin.

Wessam Abou Ali merupakan penyerang kelahiran Denmark yang berasal dari Palestine, sebelum ini beliau bersama beberapa buah kelab di Denmark dan Sweden seperti Sirius dan Aalborg BK.

Penghijrahan beliau ke Al-Ahly yang merupakan jaguh di rantau Afrika pastinya memberi satu nilai tambah di jentera serangan kelab berkenaan.