Tonggak utama Terengganu, Careca menjadi antara pemain-pemain terbaru mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Penyu.
Hal ini dizahirkan Terengganu menerusi satu kenyataan di laman media sosial milik kelab tersebut.
Nama bekas pemain Perak itu turut tersenarai dalam 18 pemain yang meninggalkan Terengganu bagi mencari haluan baharu musim 2025/26.
“Terengganu FC hari ini mengumumkan senarai pemain pada musim lepas yang akan dilepaskan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.”
“Pemain yang tidak lagi akan bersama pasukan bagi musim baharu ialah Careca , Diego Landis, Engku Shakir, Ehson, Shervoni, Yan Mabella, Kyaw Min Oo, Hairey Hakim, Saiful Jamaluddin, Junior Sam Ngong, Hairiey Hakim, Khalaif Naskam, Syahmi Zamri, Azziq Zahazani, Nazul Izamil, Akram Mahinan, Baqiuddin Shamsudin dan Haqimi Azim selepas tamat tempoh bersama Terengganu FC.”
“Beberapa pemain yang masih berkontrak seperti Engku Shakir, Syahmi Zamri, Ehson dan Shervoni telah ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama kerana kebanyakannya memohon untuk keluar bagi menyertai pasukan baru bagi musim hadapan.”
“Dalam masa yang sama, Akhyar Rashid yang masih berkontrak juga akan dipinjamkan ke pasukan lain sehingga habis musim ini.”
“Terengganu FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain yang meninggalkan pasukan atas segala komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang bersama kelab.”
“Setiap daripada mereka telah memainkan peranan tersendiri dalam perjalanan Terengganu FC, dan jasa mereka akan sentiasa dihargai. Pihak kelab turut mendoakan agar semua pemain yang meneruskan cabaran baharu akan terus berjaya dalam karier masing-masing,” kata Terengganu FC dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Setakat ini, Sang Penyu telah membawa masuk 3 muka baharu iaitu pemain import Filipina, Manuel Ott, Danial Amier dan Haziq Kutty bagi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.