Carlos Akapo Perkuat Pertahanan JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Bek kanan asal Sepanyol, Carlos Akapo sah melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perpindahan bekas bek kanan Amazonas itu diumumkan pengurusan JDT menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi mereka.

“Perjalanan kami belum berakhir. Aksi pra-musim di Sepanyol memberi peluang kepada kami untuk menilai beberapa pemain, dan kini Akapo menyertai Johor Darul Ta’zim FC,” kata JDT dalam satu kenyataan di laman media sosial.

Perpindahan ini sekali gus mengesahkan khabar angin bahawa beliau akan berhijrah ke Malaysia selepas tamat kempen Liga Brazil 3 musim 2025/26.

Selain mampu beraksi sebagai bek kanan, Akapo juga boleh mengisi posisi di bahagian tengah sebagai pemain tengah kanan & pertahanan kiri jika perlu.

Sebelum ini, beliau turut mewakili pasukan kebangsaan Guinea Khatulistiwa dalam beberapa edisi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).