Penjaga Gawang Leeds, Casilla Didenda RM320k, Dilarang Bermain 8 Perlawanan
Dunia
Advertisements

Penjaga gol Leeds United, Kiko Casilla dikenakan larangan bermain 8 perlawanan selepas terbukti bersalah mengeluarkan kata-kata berbentuk dikriminasi dan berbaur perkauman pada bulan September yang lepas.

Dia dipercayai memanggil penyerang pasukan Charlton Athletic, Jonathon Leko sebagai ‘nigga’. Walaupun Kiko Casilla menafikan dia mengeluarkan kenyataan berbaur rasis terhadap Leko, hukuman ini telah disahkan oleh pihak FA setelah siasatan membuktikan bahawa Casilla bersalah.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu juga dikenakan denda sebanyak £60,000 ( RM 324,140 ) dan diarahkan menjalani kursus “face to face education” sebagai hukuman.

Advertisements

Hal ini mungkin merencatkan perancangan Marcelo Bielsa dalam mengejar promosi ke Liga Perdan Inggeris. Leeds kini berada di tempat kedua Liga Championship, 4 mata dibelakang pendahulu liga, West Brom.

Kiko Casilla merupakan antara tonggak penting Leeds United pada musim ini selepas dibeli daripada Real Madrid dengan harga sebanyak £1.5 Juta. Kiko Casilla tidak akan bermain sehingga bertemu Barnsley di Elland Road pada 18 April nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=d_5D8j2qS7s
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram