Cemerlang Bersama UiTM FC, Sean Gan Giannelli Idam Sarung Jersi Harimau Malaya
Liga Super
Utusan Malaysia
Advertisements

Menyarung jersi kebangsaan pastinya menjadi momen terindah dan diidamkan semua atlet sukan tidak kira sukan apa pun yang dimainkan.

Buat Sean Gan Giannelli, pastinya tiada istilah lewat untuk beliau menyarung jersi Harimau Malaya. Baru menjangkau usia 24 tahun, penghijrahan secara pinjaman ke UITM FC ternyata memberi satu anjakan paradigma ke atas karier pemain ini.

Pemain berdarah kacukan Malaysia – Itali ini kini boleh digelar ayam tambatan buat UiTM FC selepas berjaya meledak 3 gol selepas dipinjamkan dari Kuala Lumpur City FC.

Advertisements

“Apabila saya buat keputusan untuk berhijrah secara pinjaman ke UiTM memang ada juga rasa tekanan untuk berikan yang terbaik sebab biasalah apabila kita bertukar kelab, kalau boleh nak tunjuk yang kita mampu bermain dengan baik,” jelasnya kepada Malaysian Football League (MFL).

Walaupun UiTM FC kini berada di tangga tercorot, namun keyakinan tinggi yang dimiliki pemain ini ternyata boleh dibanggakan

“Saya memang nak cuba meledak jaringan lagi tetapi yang paling penting adalah untuk bantu pasukan perbaiki kedudukan.

Advertisements

“Pasukan kena kekalkan momentum ini sebab kita tidak tewas dalam tiga perlawanan terdahulu, jadi penting untuk kita pastikan tiga aksi terakhir nanti tidak lagi kalah, jadi saya akan cuba yang terbaik bantu pasukan”, tambahnya kepada MFL.

Ketika ditemubual oleh Astro Arena, Sean ada mengatakan bahawa menyarung jersi kebangsaan adalah idaman beliau dan menjadikan Brendan Gan sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

“Ianya masih belum terlambat, kalau saya konsisten bermain, dapat lebih pengalaman dan lebih keyakinan, saya rasa tak mustahil untuk satu hari nanti menyarung jersi Harimau Malaya,”

Advertisements

“Macam Brendan Gan, dia bermula sebagai pemain import dan semasa dia di Kelantan, dia ‘struggle’ dengan kecederaan. Ketika di Perak, dia kerap bermain dan sekarang semua orang kenal Brendan Gan.” katanya

Ikuti temubual penuh Sean Gan Giannelli bersama Astro Arena di bawah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram