Advertisement
CEO Perak Berang Yusri Che Lah Jadi Mangsa Kecaman
Dunia
MakanBola
Perak FC

Bila menang disanjung, bila kalah dikecam. Lumrah dunia bola sepak ada sememangnya tidak dapat lari dari kritikan dan kecaman penyokong. Namun kecaman perlulah berpada-pada kerana setiap kekalahan pasti ada punca dan penyebabnya.

Itulah yang terjadi kepada jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah. Kekalahan mengejut kepada pasukan Skuad Projek FAM-MSN tempoh hari membawa kepada kegagalan pasukan Perak untuk beraksi di pentas Piala Malaysia.

Kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Sunday Afolabi dan Wan Zack Haikal jelas sekali dirasai. Kekalahan itu juga mengundang kecaman daripada sesetengah penyokong Perak FC yang mahu Yusri mengundur diri daripada kerusi jurulatih pasukan.

CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin jelas sekali tidak bersetuju dengan kecaman yang dilemparkan kepada Yusri. Bobbie melihat Yusri sebagai insan yang hebat yang teguh setia bersama pasukan walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa diharungi terutamanya masalah gaji.

“Insan hebat yg saya kenali (Yusri Che Lah). Teruk beliau dikecam apabila kekalahan memalukan kami di stadium Ipoh baru baru ini.

“Ramai ex coach yang gelak ketawa melihat kegagalan skuad perak dan mula berkira kira untuk kembali ke negeri Perak dengan harapan menggantikan beliau disebabkan result 1 game.

“Pilihan pemain yg ada sekarang pun bukan dia yang buat cuma apabila Perak terjerumus ke Liga Premier dan dengan masalah GAJI yang tak dapat, beliau tetap bersama PERAK. Kini setelah kalah dan harapan untuk ke Piala Malaysia gagal semua itu dihukum dibahu beliau,” luah Bobbie di laman instagram milik beliau.

Ternyata kesetiaan Yusri bersama Perak wajar diberikan pujian. Walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran dari permulaan musim, Yusri tetap melatih pasukan dengan kudrat yang beliau miliki dan berjaya membawa Perak naik terus berada di tangg tercorot Liga Premier.