CEO Selangor Sahkan Venue Rasmi Pasukan Di ACL2
ACL
Selangor FC
Advertisements

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon mengesahkan Stadium MBPJ sebagai laman rasmi bagi pasukan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe muncul Naib Juara Liga Super 2023, Selangor secara sah diumum ke pentas Asia menjadi wakil dari Malaysia yang bakal beraksi di kejohanan berprestij itu.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi memaklumkan bahawa Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal jadi venue rasmi buat Gergasi Merah Kuning kelak.

Advertisements

Stadium itu juga bakal digunakan sebagai gelanggang Home Selangor sepanjang musim Liga Malaysia 2024-2025.

Difahamkan Selangor dengan kerjasama MBPJ kini sedang dalam perbincangan untuk menaiktaraf stadium tersebut demi keselesaan semua pihak. Hal ini selari dengan usaha bagi memeriahkan lagi arena bola sepap tempatan dan menarik lebih ramai penyokong ke stadium.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram