CEO Terengganu Mahu Cabar Kedudukan 4 Pasukan Liga Super
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pengurusan Terengganu FC mahu melihat pasukan itu mencabar kedudukan empat teratas Liga Super pada musim hadapan.

Hasrat itu diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC (TFC), Mohd Sabri Abas bila ditemubual Nadi Arena semalam.

Ad

Walaupun Terengganu menamatkan musim di tangga keenam musim ini, skuad yang dibimbing Tomislav Steinbruckner itu berjaya mara ke final Piala Malaysia 2023.

Ad

Atas sebab itu, Sabri percaya skuad Peteh mampu melakar lebih banyak kejayaan apabila saingan baru Liga Super bermula pada Mei tahun hadapan.

Ad

“Kita di TFC memang sentiasa menetapkan KPI yang cukup tinggi untuk barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan. Dan saya melihat ini sebagai satu kebiasaan buat barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan.

Ad

“Dan kita juga sedia maklum di TFC, kita memang sentiasa ingin jadi pencabar yang terkuat bukan saja kepada JDT (Johor Darul Ta’zim FC), kita sedia maklum cukup lengkap.

“Kita juga turut berhasrat menjadi pencabar pasukan-pasukan lain seperti Selangor, Kedah (Darul Aman FC) dan Sabah,” katanya.

Terengganu menamatkan musim di tangga keenam liga selepas mengalahkan Perak FC dalam aksi terakhir Liga Super pada 17 Disember lalu.