Nama pengendali baharu Selangor FC, Kim Pan-gon menjadi sebutan di Korea Selatan.
Ini kerana berita pelantikan jurulatih berusia 56 tahun itu menjadi bualan media negara itu. Ini termasuk portal The Chosun Daily.
Media Korea melihat pelantikan Pan-gon sebagai peluang keemasan buat beliau. Ini kerana bekas jurulatih Harimau Malaya itu bukan saja sudah masak dengan bola sepak negara.
Malah, ini juga peluang buat beliau bangkit selepas dipecat Ulsan HD. Pan-gon hanya bertahan selama setahun bersama Ulsan sebelum dipecat pada pertengahan tahun 2025.
Sepanjang tempoh bersama The Tigers, jurulatih Korea Selatan itu menjulang trofi K-League 1 musim 2024.
Pan-gon dibawa masuk Selangor sebagai pengganti tetap jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi. Jurulatih interim, Christophe Gamel pula memikul tugas baru sebagai Pengarah Teknikal Selangor.
Gamel kini bertanggungjawab memantau pembangunan pemain dan jurulatih dari pasukan Selangor II hingga peringkat akar umbi.