Ledakan Chanatip Songkrasin Bantu Kawasaki Frontale Belasah Guangzhou FC ‘Cukup-Cukup’
Dunia
Kawasaki Frontale
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kawasaki Frontale, Chanatip Songkrasin cemerlang membantu pasukannya untuk mencatat kemenangan ke atas Guangzhou FC dengan keputusan 8-0.

Kawasaki yang juga merupakan pendahulu di liga utama Jepun itu memulakan perlawanan dengan cukup garang apabila terus memulakan serangan ke arah wakil China itu.

Hal ini menyebabkan para pemain muda Guangzhou beraksi dalam keadaan yang penuh tekanan selepas beberapa minit perlawanan bermula.

Advertisements

Chanatip terus membantu untuk melancarkan serangan buat pasukannya dan hasilnya, penyerang pasukan, Kei Chinen berjaya mencetak 2 gol dalam tempoh 5 minit.

Seterusnya, Kawasaki menambah tiga lagi jaringan menerusi gol cantik pemain pertahanan, Shintaro Kuruyama dan dua gol yang disudahkan oleh Yu Kobayashi.

Perlawanan separuh masa pertama berkesudahan dengan pasukan tuan rumah ketinggalan 0-5.

Advertisements

Bersambung babak kedua, serangan bertali arus Kawasaki terus meletakkan pasukan Guangzhou FC dalam tekanan dan gagal mempersembahkan permainan sebenar.

Hal ini terbukti apabila mereka menambah satu lagi jaringan menerusi pemain sayap lincah, Ten Miyagi untuk gol keenam pasukan.

Detik terindah yang ditunggu-tunggu oleh pemain kebangsaan Thailand ini tiba apabila beliau turut menjaringkan gol ketujuh pasukan dalam perlawanan ini.

Advertisements

Persembahan disiplin pasukan kendalian Toru Oniki untuk menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 8-0 sekaligus berada pada kedudukan pertama dalam kumpulan selepas dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram