Chanatip Songkrasin Mula Hantar Ayat-Ayat ‘Manis’ Menjelang Pertemuan Dengan JDT
Dunia
Jleagueintl
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kawasaki Frontale, Chanatip Songkrasin dilihat sudah mula untuk melakukan perang psikologi menjelang pertemuan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) esok hari.

Perancang berbakat berusia 28 tahun itu sedang menikmati perjalanan karier yang cukup gemilang apabila berjaya membantu pasukan liga Jepun itu untuk berada pada kedudukan pertama dalam liga.

Malah, persembahan konsisten beliau juga telah menyebabkannya kekal berada dalam kesebelasan utama pasukan selain sudah pun beraksi sebanyak 7 kali pada musim ini.

Advertisements

Beliau juga berjaya membantu pasukannya untuk terus cemerlang dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Ulsan sebelum membenam cabaran Guangzhou FC dengan jaringan 8-0.

Dalam satu temubual, Chanatip melabelkan pasukan Harimau Selatan sebagai pasukan hebat di Malaysia dan mempunyai kualiti yang sangat baik.

’JDT ialah kelab no. 1 di Malaysia dan mereka adalah pasukan yang sangat bagus.’

Advertisements

Sambil itu, beliau juga berharap perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini bakal berlangsung dengan sengit antara kedua-dua pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik.

‘Saya berharap agar kedua-dua pasukan dapat memberikan yang terbaik dan berlangsung dengan sengit,’ -Katanya dalam satu temubual.

Beliau menjadi watak penting dalam perlawanan menentang Guangzhou FC apabila menjaringkan satu gol untuk melengkapkan malam gemilang pasukannya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, JDT juga tidak kurang hebatnya apabila membenam cabaran Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 sekaligus berada pada tangga pertama kumpulan..

Kedua-dua pasukan mahu memburu 3 mata penting dalam usaha untuk menjuarai kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram