Cheah Liek Hou Julang Malaysia, Muncul Naib Juara Sukan Para Asia
UltraSukan
Majlis Sukan Negara
Advertisements

Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas dalam final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia 2023.

Liek Hou tewas kepada seteru ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Binjiang hari ini.

Pada awalnya, jaguh badminton para Malaysia itu meraih kemenangan 21-18 pada set pertama.

Advertisements

Bagaimanapun, Dheva bangkit dan memastikan pingat emas menjadi milik Indonesia dengan kemenangan baki dua set dengan keputusan 19-21, 17-21.

Pencapaian ini dilihat lebih baik buat Liek Hou kerana beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Para Asia di Jakarta-Palembang pada 2018.

Advertisements

Kali terakhir pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dimenangi Malaysia ialah menerusi Liek Hou.

Beliau memenangi pingat emas acara tersebut di Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram