Chen Tang Jie: Ini Lebih Susah Dari Main Badminton
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie mengakui tugas sebagai jurugambar sukan jauh lebih sukar daripada apa yang dijangkakan.

Hal ini dinyatakan beliau apabila diberi peluang menjadi jurugambar sukan untuk beberapa aksi suku akhir All England 2026 yang berlangsung pada 6 Mac lalu.

Sebelum turun ke gelanggang, Tang Jie diberi taklimat tentang fungsi dan cara penggunaan kamera.

Beliau juga turut diberi tips tentang detik mana yang seharusnya menjadi fokus bila mengambil gambar.

Ini mendorong Tang Jie mengeluarkan komen ini, “Ini (mengambil gambar) lebih susah daripada bermain badminton.” Pengalaman beliau dikongsikan di semua platform rasmi All England.

Sebaik video tersebut disiarkan, ramai peminat teruja kerana ini memaparkan sisi berbeza anak jati Ipoh, Perak itu.

Seorang peminat bernama @harrismust2851 mengakui gembira melihat Tang Jie menikmati pengalaman baharu di luar gelanggang.

“Bagus untuk melihat CTJ (Chen Tang Jie) berseronok di luar gelanggang. Beliau berhak mendapatnya,” katanya.

Perkara ini turut dipersetujui seorang lagi pengguna bernama @Michellewmy. “Kebanggaan Malaysia,” katanya.

Pengalaman ini dilihat dapat menyuntik semangat Tang Jie dan pasangannya, Toh Ee Wei untuk bangkit dalam kejohanan seterusnya.