China Masters: Regu Korea Selatan Tunjukkan Pearly Tan & M. Thinaah Jalan Keluar
Badminton
BA Malaysia
Advertisements

Regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah memberi tentangan sengit kepada regu Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong sebelum tersingkir dari pusingan pertama China Masters 2023.

Rekod pertemuan dua regu ini dianggap seimbang dengan masing-masing memenangi satu pertemuan sebelum ini.

Selain itu, mereka hanya dipisahkan satu tangga dari segi kedudukan ranking. Na-eun-Hye-jeong menduduki tangga ke-11 dunia di hadapan Pearly-Thinaah (ranking ke-12 dunia).

Advertisements

Set pertama menyaksikan regu Korea Selatan itu mengungguli lawan mereka sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-11.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah mempamerkan kebangkitan dengan memastikan kemenangan 21-15 di set kedua. Ini memaksa perlawanan diheret ke rubber set.

Advertisements

Kedua-dua regu mempamerkan aksi sengit bagi memburu kemenangan. Namun begitu, pada akhirnya, kemenangan memihak ke Na-eun-Hye-jeong dengan keputusan 22-20.

Regu Korea ini bakal berdepan sama ada rakan senegara, Kim So-yeong-Kong Hee-yong atau regu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto di pusingan kedua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram