Advertisements
Chirag Shetty Mohon Maaf Kepada Aaron Chia
UltraSukan
UltraSukan
Jnanesh Salian/Yohan Nonotte/Badminton Photo

Pemain beregu lelaki India, Chirag Shetty memohon maaf atas tindakannya yang tidak sengaja memukul buku tangkis ke mata pemain negara Aaron Chia.

Advertisement

Chirag Shetty ditemui selepas perlawanan berkata, beliau bersimpati di atas kejadian yang tidak disengajakan itu kerana beliau juga pernah mengalami insiden yang sama sebelum ini.

“Saya berasa buruk (serba salah) untuk Aaron Chia. Beberapa hari yang lalu Mathias (Boe) telah memukul saya di mata. Saya tidak dapat melihat selama 10 minit. Saya tahu betapa teruknya ia”, katanya kepada CTGN Sport Scene.

Advertisement

Beliau bersyukur selepas itu Aaron dapat kembali beraksi memasuki gelanggang namun tidak menafikan insiden tersebut menggangu corak dan tempo perlawanan mereka.

“Nasib baik saya fikir dia baik-baik saja dalam beberapa minit, tetapi itu mungkin mengubah rentak dalam cara kami.”

Advertisement

Kejadian itu berlaku di set kedua ketika pasangan negara sedang mendahului 13-12, Chirag Shetty tanpa sengaja memukul bola tangkis yang tanggung di hadapan jaring ke arah Aaron Chia yang kebetulan berada di situ.

Advertisement

Pukulan tersebut mengenai tepat ke arah mata kiri Aaron dan beliau dibenarkan berehat seketika sebelum kembali meneruskan permainan.

Selepas kejadian itu, beregu nombor satu negara itu seakan hilang fokus dan momentum sekaligus akur tumpas di set kedua 14-21 meskipun sempat mendahului di awal set.

Advertisement

Usai perlawanan, Chirag Shetty dan pasangannya, Satwiksairaj Rankireddy sempat bersalaman dan memohon maaf kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejadian tersebut.

Pada aksi separuh akhir itu juga, pasangan negara terpaksa akur terlepas peluang ke final India Open 2024 selepas kecundang kepada beregu India tersebut 18-21, 14-21.