“Corak Permainan Singapura Menjengkelkan” – Mano Polking
Dunia
changsuek
Advertisements

Thailand bakal bertemu Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan esok 21 November.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, jurulatih Thailand, Mano Polking tetap yakin anak-anak buahnya akan berusaha sehabis baik untuk mencuri tiga mata dari Stadium Nasional Singapura.

Pada pendapat beliau, Singapura bukanlah sebuah pasukan yang lemah namun corak permainan yang ditampilkan mereka dilihat menjengkelkan.

Advertisements

“Singapura bukan pasukan yang lemah, (cuma) gaya permainan mereka sangat menjengkelkan. Mereka juga mempunyai bintang seperti adik beradik Irfan dan Ikhsan Fandi Ahmad yang bermain dengan sangat baik bersama BG Pathum United,” luah Polking.

Kehehabatan Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi juga diakui oleh rakan-rakan sepasukannya di BG Pathum seperti Sarach Yooyen dan Chanathip Songkrasin. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada dua beradik ini.

Advertisements

Thailand dan Singapura masing-masing masih belum memungut sebarang mata dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas dalam perlawanan pertama mereka.

Thailand tewas 1-2 kepada China manakala Singapura pula terpaksa menelan kekalahan besar 0-5 kepada pasukan gergasi Asia, Korea Selatan.

Advertisements

Sebelum ini, pasukan Thailand mendapat kritikan daripada penyokong mereka selepas melalui beberapa perlawanan persahabatan di eropah. Mereka mengatakan keputusan-keputusan perlawanan berkenaan menurunkan motivasi dan keyakinan diri para pemain Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram