Aksi Cemerlang Corbin Ong Buktikan Beliau Pertahanan Kiri Terbaik Di Malaysia
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan bergaya 5-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pasukan Guangzhou FC dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) malam tadi ternyata memperlihatkan pasukan dari selatan tanah air itu mendominasi perlawanan dari wisel permulaan sehingga tamat perlawanan.

Dalam kemenangan bergaya tersebut, pemain pertahanan kiri JDT, La’Vere Corbin Ong dilihat menampilkan aksi yang sangat berkualiti dalam tempoh 90 minit permainan.

Corbin bukan sahaja menampilkan sisi bertahan yang baik, malah beliau juga menjadi aset untuk melancarkan serangan dari bahagian kiri JDT.

Advertisements

Peranan beliau selaku bek sayap kiri pasukan JDT memperlihatkan beliau kerap turun dan naik dengan pantas dan bek bertiga gandingan Shahrul Saad, Shane Lowry dan Matthew Davies dilihat sangat ampuh sekaligus membolehkan Corbin lebih banyak berada di atas membantu serangan.

Hasil gerakan serangan dari Corbin juga membolehkan beliau menyumbang satu bantuan gol untuk gol ketiga pasukan JDT. Corbin yang berlari di bahagian kiri berjaya membuat satu hantaran lintang menarik mencari Bergson di kotak penalti. Bergson menyudahkannya dengan satu tandukan mudah mengelirukan penjaga gol lawan.

Setakat ini, Corbin sudah mengumpul 10 penampilan bersama skuad kebangsaan. Dengan aksi cemerlang yang ditampilkan dalam saingan domestik dan Asia, ianya pasti akan mengekalkan kedudukan beliau selaku pertahanan kiri pilihan utama buat Harimau Malaya.

Advertisements

Untuk rekod, dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura bulan lalu, pengendali skuad negara, Kim Pan-gon membawa Corbin bersama-sama dengan seorang lagi pemain pertahanan kiri iaitu Khair Jones yang beraksi untuk pasukan Negeri Sembilan FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram