Nama Corbin Ong Terpahat Dalam Kalangan Pertahanan Elit Asia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin Ong sekali lagi mencetuskan fenomena apabila tersenarai dalam kelompok pertahanan terbaik pada kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan sehingga menyaksikan pasukan itu mara ke pusingan kalah mati.

Corbin mengemudi bahagian pertahanan kiri JDT dengan cukup sempurna apabila kelibatnya seringkali menghantui barisan serangan lawan.

Advertisements

Berdepan dengan pemain berkelas elit di Asia, bekas pemain Go Ahead Eagles ini terus menampilkan aksi memukau untuk meranapkan hasrat pasukan lawannya itu.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh AFC, pertahanan kebangsaan ini berada dalam kategori pertahanan terbaik peringkat kumpulan baru-baru ini.

Beliau mencatatkan rekod sebagai pertahanan paling banyak melakukan bantuan gol iaitu sebanyak 3 kali sepanjang aksi peringkat kumpulan berlangsung.

Advertisements

Bukan itu sahaja, dari aspek bertahan pula, Corbin merekodkan 26 kali kemenangan perebutan bola (duels won) dengan 83% hadangan bersih berada dalam simpanannya.

Kebolehan luar biasa dan juga fleksibiliti pemain kelahiran Barbados-Malaysia ini menjadi nadi kemenjadian JDT untuk terus mengorak langkah dalam saingan berprestij ini.

Kini, cabaran terbesar pasukan adalah untuk berdepan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati nanti sekaligus memberikan debaran buat semua terutamanya peminat bola sepak Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram