Advertisement
Corbin-Ong Kongsi Analisis Kekuatan Pemain Tajikistan
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Pertahanan kental Malaysia, La’Vere Corbin-Ong berkongsi tentang kekuatan yang dimiliki oleh pemain Tajikistan menjelang sepak mula final Pestabola Merdeka 2023.

Pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan aksi yang cukup bertenaga selepas berjaya membantu Harimau Malaya mengatasi cabaran India dengan keputusan 4-2.

Bintang JDT itu juga menyumbang satu gol untuk membawa cabaran skuad kebangsaan sungguhpun berdepan lawan yang cukup sukar.

Beliau yang juga sebahagian daripada skuad Malaysia di King’s Cup 2022 berkongsikan tentang kekuatan sebenar pemain lawan.

Malaysia tewas menerusi sepakan penalti sungguhpun berjaya menamatkan perlawanan tanpa jaringan.

Corbin menyifatkan kelebihan fizikal menjadi miliki pasukan ke-110 dunia itu namun yakin kedua-dua pasukan tampil dengan percaturan berbeza.

Menerusi penjelasan kepada wartawan MakanBola, Nik Faris, beliau yakin tempoh permainan pasti berlainan memandangkan mereka menghadapi kesukaran untuk beraksi dalam keadaan hujan.

“Beraksi di King’s Cup itu cukup sukar. Hujan turun dengan lebat. Kedua-dua pasukan tidak dapat mempamerkan aksi terbaik yang ingin ditampilkan.”

“Mereka sangat agresif, agak kuat dan fizikalnya besar tetapi kali ini bakal jadi aksi yang berbeza,” jelasnya kepada MakanBola.

Beliau juga cukup teruja untuk berkongsikan bahawa pemain Malaysia amat bersemangat untuk berlatih dan memberikan trofi kepada rakyat Malaysia.

Harimau Malaya akan turun berdepan Tajikistan pada 17 Oktober 2023 jam 9 malam di Bukit Jalil.