“Malaysia Kembali Bagi Misi Balas Dendam” – Stuart Wilkin
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Perancang tengah Malaysia, Stuart Wilkin yakin Malaysia kembali dengan misi besar berdepan Tajikistan di laman sendiri.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran India dengan keputusan 4-2 di Bukit Jalil tempoh hari.

Beliau diberi kepercayaan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk masuk selaku pemain gantian bagi meneruskan rentak cemerlang Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan kepada MakanBola, pemain Sabah FC ini yakin untuk terus memberikan yang terbaik dan untuk memberikan trofi pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Katanya, ini merupakan detik terbaik untuk membalas dendam kepada skuad kendalian Petar Sergt selepas tewas menerusi sepakan penalti tahun lalu di Kong’s Cup Thailand.

Advertisements

“Kita percaya untuk memenangi kejohanan ini terutamanya beraksi di laman sendiri. Ini memberikan kita kelebihan selepas beraksi di gelanggang dan di hadapan penonton sendiri.”

“Selepas kita tewas kepada Tajikistan menerusi sepakan penalti, inilah masanya untuk membalas dendam,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Beliau mengakui bahawa Malaysia perlu memperbaiki beberapa aspek setelah dibolosi dua gol menentang pasukan ke-102 dunia

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram