Cristiano Ronaldo Rekod Pelaburan Besar Dalam Syarikat Teknologi Whoop
Bisnes
Al-Nassr FC
Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo akan melaburkan sejumlah wang dan menjadi duta rasmi untuk Whoop, syarikat teknologi analisa kesihatan tubuh badan. 

Butiran jumlah kewangan pelaburan itu belum didedahkan akan tetapi menurut Whoop, perjanjian itu mewakili salah satu pelaburan tertinggi Ronaldo setakat ini.

Bintang bola sepak berusia 39 tahun itu menyertai senarai duta global Whoop termasuk Eli Manning, Rory Mcllroy, Patrick Mahomes dan Michael Phelps. 

Advertisements

“Whoop telah memberi impak transformatif dalam hidup saya di dalam dan di luar padang. Saya memakai Whoop semasa berlatih, tidur dan ketika pemulihan. Ia merupakan salah satu alat terpenting yang membantu saya meningkatkan mutu permainan saya dan memantau kesihatan saya.” 

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu mengumumkan pelaburan tersebut di Instagramnya yang mempunyai 629 juta pengikut.

Advertisements

Pelaburan dan perkongsian Ronaldo dengan syarikat itu bertepatan dengan pengumuman bahawa Whoop akan mengembangkan operasinya ke Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrain. 

Syarikat yang berpangkalan di Boston itu baru-baru ini mengembangkan perkhidmatannya ke Hong Kong, Israel, Korea dan Taiwan juga tidak lama lagi akan  ke India, Mexico dan Brazil.  

Advertisements

Pelaburan Ronaldo dalam syarikat teknologi analisa kesihatan tubuh badan adalah pilihan yang tepat, kerana kejayaan dibina atas keazamannya untuk beraksi pada tahap tertinggi dalam jangka masa lama.

“Cristiano telah menjadi ahli Whoop selama beberapa tahun,” kata Will Ahmed, pengasas dan CEO Whoop.

Advertisements

“Pengunaan berterusan Cristiano untuk penambahbaikan dan kesempurnaan mencerminkan misi kami,” ujarnya.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak di dunia pada tahun 2023 dan kini merupakan penjaring terbanyak dengan 47 gol dalam 44 perlawanan dalam Liga Pro Saudi.

Beliau dijangka bermain dalam Kejohanan Eropah UEFA yang akan berlangsung di Jerman pada musim panas ini. 

Dia menyertai Al-Nassr Arab Saudi pada 2023 dengan kontrak $75 juta (RM351 juta) setahun sebagai ejen percuma selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya di Manchester United.

Ronaldo memenangi tujuh kejuaraan liga dan lima kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA selama 20 tahun lebih kerjayanya di Eropah, yang bermula di Sporting CP Portugal dan diteruskan di Manchester United Liga Perdana, Real Madrid di LaLiga dan Juventus di Serie A. Dia adalah penjaring terbanyak di dunia dengan 891 gol.  

Beliau telah bermain untuk Portugal sejak 2003 selain muncul dalam 206 perlawanan sehingga kini, di mana menjaringkan 128 gol.

Ronaldo juga memenangi Kejohanan Eropah 2016 dan gelaran Liga Negara-Negara UEFA pada 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram