Advertisements
Cristiano Ronaldo Tawarkan Hotel Bantu Mangsa Gempa Bumi Maghribi
Inspirasi
MakanBola
Portugal/Pestana CR7 Marrakech

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menawarkan hotel miliknya di Marrakesh sebagai cara membantu mangsa gempa bumi Maghribi.

Susulan gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang melanda Maghribi pada Jumaat lepas, bencana alam itu telah mengorbankan 800 orang dengan 650 lagi dilaporkan cedera.

Akhbar Marca melaporkan penduduk tempatan dan pelancong yang ketakutan mencari mana-mana bangunan sebagai tempat berlindung termasuk hotel milik bekas penyerang Manchester United itu.

Hotel Pestana CR7 Marrakesh yang berstatus empat bintang memiliki kemudahan seperti kolam renang, restoran dan pusat kecergasan. Bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ketakutan, tawaran hotel tersebut memberi kelegaan kepada mereka.

“Hotel-hotel pun sama. Kami datang ke kawasan baru di Marrakesh di mana terdapat banyak hotel mewah. Dan sekarang kita berjaya sampai ke hotel Cristiano Ronaldo yang terletak di pinggir bandar untuk memberi kami bilik.

“Kami menunggu. Kami tidur sepanjang malam atas jalan dan pada tujuh pagi, mereka (staf hotel) memberitahu kami bahawa kami boleh masuk.

“Kami berada di lobi bersama ramai orang dari pelbagai negara, menunggu sama ada mendpat bilik atau tidak tetapi kami semua tidur atas jalan,” kata pelancong Sepanyol, Irene Seixas.

Inisiatif Ronaldo ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dunia bola sepak bagi membantu mangsa bencana di Maghribi. Selain beliau, skuad kebangsaan Maghribi turut melancarkan kempen derma darah bagi membantu perkhidmatan kecemasan.