Danial Amier Kembali Buktikan Sentuhan Magisnya Bersama JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Danial Amier Norhisham menunjukkan aksi memukau dalam pertembungan antara JDT menentang Kelantan FC dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia 2021 semalam. 

Pemain yang berusia 24 tahun itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama selepas mendapat kepercayaan pengendali JDT, Benjamin Mora. JDT yang turun mempertaruhkan formasi 4-3-3 berjaya meledak dua jaringan gol sekaligus menumbangkan pasukan pelawat dengan keputusan 2-0.

Anak jati Kuala Lumpur itu tampil membuktikan sentuhan magisnya selepas beberapa kali membantu JDT ketika menyerang. Beliau yang kelihatan cukup selesa mengemudi jentera tengah pasukan sedikit sebanyak membantu pemain sayap JDT, Arif Aiman dan Safawi Rasid dalam mencipta peluang.

Advertisements

Pada minit ke-49 permainan, idea bijak Danial Amier kemas disempurnakan rakan sepasukannya, Safawi Rasid. Hantaran jarak jauh Danial yang tepat ke kaki Safawi itu disudahkan dengan satu ledakan cantik. Rata-rata penyokong bola sepak tempatan memuji hantaran cantik persis “Pirlo” tersebut.

Gandingan Danial bersama Nazmi Faiz dan Natxo Insa jelas memberi kelebihan buat JDT apabila mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik ketika mengawal jentera tengah. Danial yang acap kali hadir dengan lorongan-lorongan tepat juga beberapa kali berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan Kelantan FC. 

Pasukan Johor Darul Ta’zim cemerlang membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi semalam. Skuad Harimau Selatan ini akan bertemu PJ City FC dalam saingan kumpulan D sementara Kelantan FC akan melayan kunjungan dari Sabah FC pada Khamis nanti. JDT kini mengungguli carta saingan kumpulan D selepas satu perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram