Danial Amier Tinggalkan JDT
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Danial Amier Norhisham menjadi pemain terbaru meninggalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Pemain berusia 27 tahun itu memilih berkelana ke negeri Sarawak dengan menyertai Kuching City FC secara pinjaman semusim.

Perpindahan itu diumumkan pengurusan The Cats di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Advertisements

Danial menjadi pemain terbaru Kuching City selepas Tchetche Kipre, Jordan Mintah, Ariff Fadzilah, Shahmie Iszuan, Filemon Anyie, Rodney Celvin, Shahril Saari, Keanu Marsh-Brown dan James Okwuosa.

Sebelum menyertai The Cats, Danial pernah dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke Penang FC.

Kehadiran beliau dijangka memperkuat jentera tengah Kuching City diketuai bekas pemain tengah Terengganu FC, Petrus Shitembi.

Advertisements

Selain JDT, Danial juga pernah mewakili Felda United FC. Beliau juga pernah mewakili skuad kebangsaan sebanyak dua kali semasa era bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram