Daniel Ting Kekal Di Ratchaburi
MakanBola
Ratchaburi FC

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting kekal bersama Ratchaburi FC untuk musim hadapan.

Semakan di Transfermarkt menunjukkan pemain pertahanan berusia 34 tahun itu menyertai Ratchaburi secara percuma selepas tamat kontrak bersama kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu, Daniel juga telah menyertai sesi latihan pramusim pasukan itu. Ini selepas Ratchaburi memuat naik siri gambar pemain yang menyertai pramusim pasukan baru-baru ini.

HMLm2KubsAAdAQ8 Daniel Ting Kekal Di Ratchaburi
Daniel sertai pramusim Ratchaburi. Sumber: Ratchaburi FC.

Sebelum ini, Daniel menyertai The Dragons secara pinjaman dari JDT dalam tetingkap kedua perpindahan Thai League 1 pada Januari lalu.

Beliau mempamerkan aksi cemerlang dengan merekodkan 21 penampilan dan satu gol dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Daniel juga menjadi pilihan peminat bola sepak Asia apabila mengungguli undian Gol Terbaik ACL2. Malah, namanya tercalon untuk bek kiri terbaik pilihan Thai League 1 musim ini.

Ratchaburi dilihat mengambil langkah proaktif memandangkan pasukan itu akan mengharungi kempen domestik, Shopee Cup dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan.

Pengurusan kelab bukan saja mengambil keputusan mengekalkan Adisorn Promrak, Ukrit Wongmeema, Rafael Bilu dan Roque Mesa. Malah, Ratchaburi turut mendapatkan pemain tengah Thailand, Ekanit Panya secara pinjaman selama semusim.

Daniel dan Mesa bakal disertai seorang lagi bekas tonggak import JDT, Jonathan Viera. Ini selepas Viera dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Ratchaburi sebagai tonggak import seterusnya.