Daniel Ting Tercalon Kesebelasan Terbaik Liga Thailand
MakanBola
Ratchaburi FC

Nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting terus menjadi sebutan di bumi Thailand.

Ini kerana bekas pemain pertahanan Sabah FC itu tercalon antara lima calon bek kiri untuk Kesebelasan Terbaik Thai League 1. Perkara ini diumumkan di platform rasmi liga utama Thailand itu.

Meskipun hanya menyertai Ratchaburi pada Januari, persembahan cemerlang Daniel membantu pasukan itu menduduki tempat ketiga liga dan layak beraksi di Asia.

Pemain pertahanan berusia 34 tahun itu bakal dicabar empat lagi pemain pertahanan yang tidak kurang hebatnya.

Empat pemain tersebut ialah Sasalak Haiprakhon (Buriram United), Chaiyaphon Otton (Sukhotai FC), Matheus Lins (Port FC) dan Wendel (Nakhon Ratchasima).

Peminat bola sepak Thailand kini boleh mengundi siapa pemain bek kiri terbaik yang patut berada dalam kesebelasan pilihan Thai League 1 musim ini.

Sebelum ini, nama Daniel menjadi sebutan di Asia apabila mengungguli undian Gol Terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2025/26. Gol tersebut dijaringkan ketika menentang Gamba Osaka di peringkat suku akhir pertama.