Penantian pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting untuk gol sulung bersama Ratchaburi berakhir.
Ini selepas pemain pertahanan berusia 34 tahun itu meledakkan gol pendahuluan buat The Dragons dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Gamba Osaka.
Daniel melepaskan satu rembatan deras yang menewaskan penjaga gol Gamba, Masaaki Higashiguchi pada minit ke-18.
Gol itu bukan saja gol sulungnya bersama Ratchaburi. Malah, ini juga gol ke-12 Daniel dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.
Selepas menyertai The Dragons secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), beliau kini merekodkan 11 penampilan dan satu gol buat pasukan Thai League 1 itu.
Keputusan semasa menyaksikan Ratchaburi masih mendahului Gamba 1-0 dengan perlawanan kini memasuki minit ke-38.