Ads
Data Forbes: Ini Jumlah  Pendapatan Cristiano Ronaldo & Lionel Messi Tahun 2024
Bisnes
Al-Nassr/Inter Miami

Data Forbes menunjukkan perbezaan terkini pendapatan yang diperoleh dua lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi pada tahun 2024.

Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu kini berkelana di Arab Saudi bersama Al-Nassr muncul selaku atlet berpendapatan tertinggi di dunia buat kali keempat dalam sejarah kariernya.

Advertisements

Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes telah meletakkan nama atlet berusia 39 tahun itu pada tangga pertama dalam senarai 50 atlet berpendapatan tertinggi di dunia 2024.

Advertisements
Advertisements

Pendapatan Ronaldo dianggarkan sebanyak 260 Juta USD (RM1.3 Bilion) bagi tempoh 12 bulan yang lalu sekaligus meletakkan beliau pada kedudukan tertinggi dalam carta tersebut.

Forbes menganggarkan bahawa kontrak Ronaldo bersama Al-Nassr adalah sekitar 200 Juta USD (RM930 Juta) manakala baki 60 Juta USD (RM281 Juta) adalah menerusi portfolio penajaan dan juga pengiklanan seperti Nike, Binance, Herbalife dan banyak lagi.

Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Messi pula menghuni tangga ke-3 di belakang pemain golf Sepanyol, John Rahm yang memiliki pendapatan sekitar 218 Juta USD (RM1.02 Bilion).

Pemenang Ballon d’Or 8 kali itu ketika ini beraksi bersama kelab Amerika Syarikat, Inter Miami menghuni tangga ketiga dengan pendapatan mencecah 135 Juta USD (RM632 Juta) secara keseluruhan.

Terdapat juga beberapa pemain lain yang menghuni carta 10 atlet berpendapatan tinggi seperti Kylian Mbappe (6) dengan 110 Juta USD, Neymar (7) dengan 108 Juta USD dan juga Karim Benzema (8) dengan 106 Juta USD.

Advertisements

Antara pemain lain yang turut tersenarai ialah Erling Haaland (ke-27, 61 Juta USD), Mohamed Salah (ke-38, 53 Juta USD) dan juga Sadio Mane (ke-40, 52 Juta USD).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram