Dato’ Seri Vida Hantar Surat Rasmi Pengambilalihan Pasukan Kelantan FC
Liga Super
SF Edit
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) mengesahkan telahpun menghantar surat rasmi untuk diadakan perbincangan untuk tujuan pengambilalihan Kelantan FC.

“Seperti yang diminta oleh pihak pemilik Kelantan FC, pihak saya telah pun menghantar surat kepada Tn Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk berbincang lebih lanjut tentang pengambilalihan pasukan Kelantan FC.

“Pihak saya sedang menunggu maklumbalas dari beliau. Saya sedia berjumpa untuk ke fasa seterusnya,” jelas Dato’ Seri Vida kepada MakanBola.

Advertisements

Sebelum ini pemilik semasa Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) menawarkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil alih pasukan Kelantan dan beliau turut mengakui tidak ada pihak yang menghantar permohonan secara rasmi.

Namun pengesahan yang dimaklumkan Dato’ Seri Vida ini mengesahkan bahawa pasukan Kelantan masih mempunyai harapan untuk diselamatkan selepas tercalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram