Dato’ Seri Vida Sudah Ada Pelan Khas Ambil Alih Kelantan FC
Liga Super
@datoserivida
Advertisements

Dengan pelbagai masalah yang menyelubungi Kelantan FC ketika ini, ramai ingin tahu siapa yang dapat membawa pasukan itu keluar dari kancah krisis. Antara nama yang dicanang ialah usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida.

Beliau menyatakan minat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW) lebih-lebih lagi selepas melihat perkembangan semasa pasukan berkenaan. Baginya, pengurusan skuad Kijang perlu dibuat dengan lebih serius lebih-lebih lagi dengan kedudukan terkini TRW di Liga Super.

“Melihat kepada senario Kelantan (FC) yang berkali-kali bertukar pemiliklah, bertukar penaja atau orang kuat. Jadi, saya melihat sampai bila benda ini perlu dilihat sambil lewa.

Advertisements

“Siapakah yang akan bertanggungjawab membawa pasukan ke satu tahap yang agak selesa untuk pasukan Kelantan (FC),” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan wartawan Astro Arena, Dayang Zainatul untuk Nadi Arena.

Di sebalik ura-ura yang menyatakan beliau sudah melancarkan pengambilalihan pasukan, hakikatnya Dato Seri Vida belum lagi melakukannya. Malah, beliau juga menunggu masa sesuai untuk berkomunikasi dengan pemilik pasukan ketika ini, Norizam Tukiman atau Zamsaham.

“Masih belum lagi. Mungkin akan datang kita akan tengok macam mana. Tetapi sekarang ini, liga sedang bermula. Ada lagi lima bulan untuk habiskan musim ini.

Advertisements

“Jadi, itulah yang jadi kerisauan saya. Saya ada dana untuk pelan 10 tahun akan datang tapi jika dana ini hanya untuk tutup hutang sekarang ini, saya rasa ada masalah sikit,” tambahnya.

Dato Seri Vida juga tidak menolak kemungkinan menjadi pemilik Kelantan FC untuk jangka masa panjang. Baginya, sudah tiba masanya TRW mendapat pemilik yang benar-benar menjaga semua aspek pasukan termasuk kebajikan pemain.

Malah, beliau sudah mempunyai beberapa perancangan untuk pasukan sekiranya pengambilalihan itu dapat direalisasikan. Ini termasuk meletakkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau Kacak dalam struktur pengurusan pasukan.

Advertisements

“Itu memang wajib. Kalau kita buat kali ini, kita tidak akan ambil dan buat sekadar, no, no no. Kita akan buat seperti mana baby yang baru lahir dan banyak benda saya dah susun bersama Kacak.

And then, kita sudah fikir beberapa orang jurulatih bukan untuk latih pasukan tetapi untuk memberi buah fikiran kepada pasukan ini. Dia satu saja, sama ada mereka ada penaja yang hebat atau penaung yang hebat.

“Jadi, Kacak akan menjadi penaung yang hebat (dengan) saya di belakang tabir sahaja. Tapi perlu diselamatkan maruah negeri Kelantan.

Advertisements

“Maruah bola sepak Malaysia, maruah anak-anak jati Kelantan khususnya peminat-peminat bola sepak. Kesian bola sepak, aku nak tengok pun dah macam jaguh kampung. Kesian dan sedih,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram