David Beckham Kongsikan Apa Yang Terjadi Saat Messi Buat Keputusan Sertai Inter Miam
Dunia
sportico
Advertisements

Keputusan Lionel Messi yang memilih untuk beraksi buat Inter Miami dalam Liga Amerika Syarikat nyata mengejutkan ramai pihak. Lebih-lebih lagi terdapat ura-ura yang mengaitkan pemain itu untuk berhijrah ke Liga Arab Saudi.

Pemilik Inter Miami, David Beckham baru-baru ini telah ditemubual mengenai perpindahan mega tersebut. Ramai yang tidak mengetahui, Beckham sebenarnya mengalirkan air mata kerana sangat beremosi ketika mana mendapat pengesahan Messi terima tawaran beraksi bersama Inter Miami.

“Saya tidak pernah terfikir saya akan mempunyai perasaan yang sama sebagai pemilik seperti mana yang saya miliki ketika saya bergelar seorang pemain. Apabila saya mendapat panggilan telefon, saya mempunyai perasaan seperti saya keluar dari Old Trafford atau Wembley. Saya merasakan kami baru saja menewaskan semua pertandingan untuk menandatangani pemain terhebat untuk beraksi bersama kami,” luah Beckham.

Advertisements

Ketika menerima panggilan tersebut, Beckam dan isterinya, Victoria sedang berada di Jepun. Dalam keadaan yang sangat beremosi, Beckham menelefon seorang lagi pemilik Inter Miami, Jorge Mas Canosa bagi berkongsi berita tersebut.

“Saya terus menelefon Jorge dan keadaan menjadi lebih emosi kerana saya tahu apa yang telah kami lalui sejak beberapa tahun lepas.

“Cuba membina kelab ini dengan halangan, cabaran, cuba mendapatkan tanah (untuk membina stadium), pergi ke pertempuran undang-undang. Untuk semua masalah yang kami hadapi, detik ini mengubah segala-galanya. Ia mengubah keseluruhan kelab kami,” jelas Beckham lagi seperti dilaporkan Mirror.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram