Gol Berkelas Dunia, David Da Silva Rantai Mulut Pengkritik
Liga Super
YouTube / Malaysian Football League
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan Terengganu FC, David Da Silva mempamerkan aksi magisnya ketika perlawanan ke-17 liga super melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PJ City FC yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 3-0.

Dalam perlawanan tersebut, aksi penyerang import Terengganu itu menjadi tumpuan tatkala kegagalan menjaringkan gol serta aksi longlainya di atas padang sebelum ini. Namun begitu, semua kata-kata negatif itu terpadam apabila beliau menjadi watak penting dalam menjayakan kemenangan besar buat pasukannya.

Perlawanan yang berlangsung seimbang itu dilihat memihak kepada pasukan Nafuzi Zain apabila jaringan Dechi Marcel pada babak pertama memberikan kelebihan buat pasukan itu. Sungguhpun begitu, penyerang import Terengganu itu dilihat cukup aktif menguji gawang gol yang dikawal kemas oleh penjaga gol PJ City, Kalamullah.

Advertisements

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila rembatan David Da Silva membuat larian solo melepasi kelalaian pertahanan pasukan PJ City lalu melakukan satu ‘lob’ apabila melihat penjaga gol pasukan lawan sudah meninggalkan posisinya untuk menjaringkan satu gol cantik bagi memberikan kedudukan selesa buat pasukannya.

Malam gemilang Terengganu ditamatkan oleh pemain yang dibawa masuk pada separuh masa kedua iaitu Rahmat Makasuf yang berjaya menusup masuk ke dalam kotak penalti untuk memberikan gol pelengkap buat pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Kini Terengganu sedang mengekori rapat kedudukan pendahulu liga, JDT dalam usaha untuk tidak memberikan kedudukan yang selesa buat Harimau Selatan sehingga ke penghujung saingan Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram