De Paula Sedar Dikritik Peminat, Akan Terus Bekerja Keras Demi Malaysia
Dunia
FAM Official
Advertisements

Walaupun sering menjadi mangsa kritikan peminat sebelum ini, namun persembahan menentang Brunei semalam pastinya merupakan momen indah buat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula. Satu jaringan dan satu bantuan jaringan dari beliau menghiasi kemenangan bergaya 4-0 Malaysia ke atas Brunei pada Jumaat malam.

Menyedari bahawa nama beliau sentiasa menjadi bualan dan sasaran pengkritik, pemain kelahiran Brazil itu tidak menoleh kebelakang dan terus berlatih setiap hari untuk memperbaiki prestasi.

“Ada ketika prestasi anda baik, dan ada ketika buruk. Anda perlu tahu bahawa perkara ini (kritik) sentiasa ada dalam bola sepak. Apabila dikritik, saya hanya terus berlatih dan bekerja lebih keras,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan malam tadi.

Advertisements

De Paula akui kemenangan besar menentang Brunei semalam merupakan motivasi terbaik buat para pemain negara menjelang satu lagi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 1 Jun nanti.

Sehingga kini, De Paula sudah menjaringkan 2 gol dalam 9 penampilan bersama skuad Harimau Malaya. Kali terakhir pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan gol adalah pada 11 Jun tahun lalu ketika perlawanan menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Gol tersebut juga hadir melalui sepakan penalti namun pasukan negara terpaksa akur tewas 1-2 kepada Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram