Debut Berharga Syahrian Abimanyu Berakhir Dengan Kemenangan
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Penantian bermakna seluruh penyokong Garuda terhadap bintang muda mereka, Syahiran Abimanyu untuk beraksi buat pasukan gergasi Liga Malaysia ini termakbul apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian ketika pasukan JDT mencatat kemenangan selesa 2-0 ketika menentang Sabah FC.

Pemain kelahiran Indonesia ini dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan pemain berpengalaman, Safiq Rahim sekaligus mengesahkan kehadirannya bagi mewarnai saingan Liga Malaysia. Ia merupakan penampilan pertama bekas perancang tengah Madura United itu bersama majikan barunya.

Pertembungan ini pastinya cukup istimewa buat Abi yang membuat perhitungan menentang rakan senegaranya, Saddil Ramdani yang beraksi buat pasukan Sabah FC. Tambahan pula, jurulatih Sabah iaitu Kurniawan Dwi Yulianto juga merupakan anak kelahiran Indonesia.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu kelihatan cukup selesa mengawal jentera tengah pasukan JDT. Gandingannya bersama dua pemain yang menjadi jantung permainan pasukan Benjamin Mora iaitu Leandro Velazquez dan juga Syamer Kutti Abba menjadikan pergerakan pasukan Sabah sedikit terbatas.

Beliau juga dilihat bijak untuk meletakkan dirinya pada posisi yang tepat. Malah, Abi tidak kekok untuk memberi arahan kepada rakan sepasukan untuk menyegerakan tindakan menghantar bola ke bahagian serangan pasukan JDT. Beliau juga menambah dimensi serangan pasukan Harimau Selatan selain hadir dengan kelajuan untuk merencana serangan. Hantaran-hantaran berkualitinya menunjukkan bahawa pemain ini sememangnya mempunyai kualiti dan berada dalam kelas tersendiri untuk tampil sebagai pemain Harimau Selatan pada perlawanan ini.

Kini, JDT terus mengukuhkan cengkaman di persada liga ketika perlawanan hanya berbaki 4 lagi sekaligus membuka peluang yang cukup cerah buat pasukan kendalian Benjamin Mora menjulang trofi Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram