Derbi Lembah Klang: Pertembungan Selangor & KL City, Rekod Yang Anda Perlu Tahu
Dunia
KL City & Selangor
Advertisements

Pertemuan dua pasukan Lembah Klang melibatkan Selangor dan juga KL City pada pusingan kedua Piala FA esok nyata menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Hal ini disebabkan kedua-duanya memiliki kelebihan yang tersendiri dalam usaha untuk mara ke pusingan berikutnya.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Pembandaran Petaling Jaya ini sudah pasti menjadi antara perlawanan penting buat kedua-dua pasukan tatkala mahu kembali ke landasan terbaik.

Advertisements

Jika dilihat daripada rekod 5 perlawanan terakhir, pasukan kendalian Micheal Feichtenbeiner berada pada kedudukan yang agak goyah ketika ini.

Pasukan Merah Kuning hanya menang dua daripada lima perlawanan terakhir sekaligus menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokongnya.

Sungguhpun berjaya membelasah pasukan Sarawak United dengan keputusan 7-0, mereka tetap dibayangi oleh kekuatan pasukan JDT apabila mudah diratah dengan jaringan 5-1 di tempat lawan.

Advertisements

Kekecewaan ini berterusan apabila mereka sekadar seri bertemu dengan Sabah dan tewas 2-0 kepada Melaka United.

Bagi pasukan kendalian Bojan Hodak pula, mereka mencatatkan keputusan yang lebih positif dalam 5 perlawanan terkahir apabila mencatatkan 3 kemenangan, 1 seri dan juga 1 tewas.

The City Boys menang 3-2 ke atas Penang dan juga Srawak United dengan jaringan 2-1 namun tewas kepada pasukan kendalian Nafuzi Zain di tempat lawan dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Walau bagaimanapun, mereka membuktikan semula kemampuan sebenar di pentas AFC apabila berjaya mengikat PSM Makassar dan menang 2-1 ke atas Tampiners Rovers.

Walau bagaimanapun, jika ditinjau dari sudut rekod pertembungan kedua-dua pasukan, kelebihan ternyata milik KL City apabila tidak tewas sebarang perlawanan dalam 5 pertemuan terakhir berdepan Selangor.

Pada perlawanan awal musim tempoh hari, mereka berjaya bangkit untuk mengikat Selangor 3-3 sungguhpun pemain mereka dilayangkan kad merah.

Advertisements

Dua kemenangan telah diperoleh dalam saingan suku akhir Piala Malaysia tahun lalu dan juga dua keputusan seri dalam saingan Liga Super musim lalu.

Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu memanfaatkan peluang ini untuk melangkah ke pusingan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram