Detik Getir Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya bakal mengharungi detik getir menjelang aksi kedua, Selasa inu.

Skuad kebangsaan membuka langkah kanan selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar pada aksi pertama Kumpulan B, ASEAN Hyundai Cup 2026.

Beraksi di laman sendiri, Malaysia memburu kemenangan kedua peringkat kumpulan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe dalam misi menghidupkan peluang ke pentas separuh akhir kejohanan.

Harimau Malaya memiliki kelebihan menentang Laos, terutamanya selepas pasukan kendalian Vladica Grujic tunduk dengan keputusan 5-0 menentang Thailand.

Sementara itu, Harimau Malaya yang dibarisi muka baharu dan berpengalaman berada pada momentum terbaik, terutamanya dengan kehadiran tonggak tengah baharu, Wan Kuzain Wan Kamal.

Sebagai rekod, Malaysia memiliki rekod baik menentang Laos – menang tiga pertemuan terakhir termasuklah kemenangan 5-1 pada aksi Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 pada Oktober tahun lalu.

Aksi Malaysia menentang Laos dijadual berlangsung pada Selasa, 28 Julai 2026 jam 9.00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.