Advertisements
Detik Suram Jordi Amat & Justin Hubner
Asia
MakanBola
PSSI

Dua pertahanan tengah Timnas Indonesia, Jordi Amat dan Justin Hubner melalui tempoh sukar selepas pasukan tewas di tangan Jepun dengan keputusan 3-1.

Advertisement

Keadaan ini diburukkan selepas dua pemain utama pilihan ketua jurulatih, Shin Tae-yong telah berusaha sehabis baik namun sukar menandingi kehebatan lawan.

Menerusi aksi antara Jepun menentang Indonesia pada 24 Januari 2024, Jordi Amat dihukum oleh kelincahan jentera serangan lawan apabila cubaannya untuk menyekat kemaraan Ayase Ueda dikesan oleh pengadil.

Advertisement

Sepakan yang disempurnakan oleh Ueda itu meletakkan Jepun di hadapan seawal minit ke-6 permainan.

Ketika Sang Garuda cuba memberi saingan terbaik, pertahanan muda Indonesia, Justin Hubner cuba menampan bola hasil rembatan pemain Jepun namun ia memasuki ke dalam gawang.

Advertisement

Gol saguhati oleh Sandy Walsh cukup untuk mengubati Indonesia yang sudah meledak tiga gol daripada tiga perlawanan.

Advertisement

Nasib Indonesia untuk layak ke pusingan berikutnya masih belum diketahui dan perlu menanti keputusan pasukan lain terlebih dahulu.

Anak buah Shin Tae-yong ketika ini kekal di tangga ke-142 dunia setelah tewas kepada Jepun.

Advertisement

Jordi Amat menerima penilaian hanya 6.0 sementara Hubner 6.4 menurut laman Sofascore.

Video: Jepun vs Indonesia