DH Cebu Beri Amaran Awal Buat Selangor
MakanBola
Cebu FC
Sponsors

Kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu memberi amaran awal buat Selangor menjelang aksi kedua AFC Champions League 2 (ACL2).

Kedua-dua pasukan bakal berentap dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan H ACL2 di Stadium MBPJ pada Khamis setelah Selangor dan Cebu mengalami nasib yang berbeza pada aksi pertama lalu.

Ad

Selangor berjaya mencuri satu mata di bumi Thailand ketika mengikat Muangthong United dalam perlawanan pertama hasil jaringan Ronnie Fernandez di awal babak kedua.

Ad

Sementara, Cebu pula terpaksa akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai setelah tumbang 0-6 di laman sendiri.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Mustafa Ati Goksu ini tampil menebus duka dengan membuka tirai Philipines Football League dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Mendiola 1991.

Ad

Turun beraksi di Rizal Memorial Stadium, pesta gol Cebu disumbangkan oleh kapten pasukan, Abou Sy dan Rintaro Hama yang meledak dua jaringan di setiap babak permainan.

Ad

Manakala Guytho Mijland dan Ryoo Togashi pula masing-masing menyumbang satu gol untuk memastikan Cebu membuka tirai saingan dengan tiga mata.

Ad

Kemenangan besar ini meletakkan Cebu di tangga teratas Philipines Football League dengan tiga mata setelah selesai perlawanan minggu pertama hujung minggu lalu.

Kemenangan ini bagaikan satu amaran awal buat pasukan bimbingan Nidzam Jamil agar tidak memandang mudah cabaran yang bakal dibawa meskipun Cebu tumpas di aksi pertama ACL2 lalu.

Sebaliknya, Selangor perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selain momentum dua kemenangan yang dicapai dalam saingan liga termasuklah ketika menewaskan Terengganu pada Sabtu.

Aksi Selangor-DH Cebu bakal berlangsung pada Khamis, 3 Oktober di Stadium MBPJ dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.