Jeonbuk Hyundai mula langkah kanan dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) apabila menewaskan wakil Filipina, DH Cebu FC dengan keputusan 6-0.
Tuan rumah, Dynamic Herbs Cebu turun dengan misi mahu mendapatkan mata penuh kerana kelebihan beraksi di laman sendiri. Sementara, Jeonbuk Hyundai pastinya ingin mencuri mata di tempat lawan.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua pasukan cuba untuk menguasai permainan. Jeonbuk dilihat lebih memegang perlawanan.
Selepas 15 minit permainan, pemain muda 18 tahun, Tae-ho Jin membuka jaringan pertama Jeonbuk Hyundai menerusi tandukan selepas mudah menerima hantaran daripada rakan sepasukan, Tae-hwan Kim.
Pada minit ke-36 aksi, giliran pemain sayap berusia 19 tahun, Kim Chang-Hun mencatat nama sebagai penjaring sekaligus menambah kelebihan jaringan pasukan Jeonbuk Hyundai.
Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, Hyundai Motors terus menambah jaringan ketiga pasukan menerusi Seon-min Mooon.
Tiga minit separuh masa kedua bermula, penyerang Jeonbuk Hyundai Motors, Park Jae-yong menggandakan jaringan keempat pasukan.
Pada minit ke-74, Jeonbuk Hyundai terus mengamuk apabila pemain tengah, Yu Je-ho tenang menjaringkan gol kelima pasukan menerusi sepakan percuma.
Selang tiga minit aksi, Jeonbuk Hyundai Motors menambah jaringan keenam menerusi Park Chae-Joom yang baru sahaja masuk menggantikan Seon-min Moon.
Ketika ini, Jeonbuk Hyundai menduduki tangga teratas kumpulan H dengan 3 mata sementara DH Cebu di tangga terakhir tanpa sebarang mata dibelakang Muangthong United dan Selangor FC.