ACL2: Selangor Curi Mata Muangthong United Di Bangkok
ACL
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Selangor membuka kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan satu mata apabila menewaskan mengikat Muangthong United 1-1.

Muangthong selaku tuan rumah masih belum kalah dalam empat perlawanan Thai League 1. Manakala Selangor pula segar daripada kejayaan membelasah Kuching City 4-0.

Advertisements

Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes menjadi sandaran Nidzam Jamil untuk merobek gawang The Kirins. Manakala Poramet Arjvirai pula menjadi sandaran Gino Lettieri memburu gol tuan rumah.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pendahuluan sebaik wisel perlawanan ditiup.

Fortes menguji terlebih dahulu menguji Kittipong Phutawchueak seawal minit ketujuh. Meskipun dikepung dua pemain pertahanan Muangthong, percubaannya berjaya ditepis penjaga gol berusia 34 tahun itu.

Advertisements

Selangor hampir memecah kebuntuan menerusi Ali pada minit ke-12 apabila berjaya merampas bola daripada Abbosjon Otakhonov. Bekas penyerang Al-Shamal itu hampa apabila percubaanya berjaya ditepis Kittipong.

Poramet hampir menembusi gawang Merah Kuning pada minit ke-42. Malangnya, sepakan derasnya berjaya dinafikan penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Azim Al Amin Kamaruddin.

Advertisements

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, Nidzam memasukkan Yohandry Orozco bagi menambah kreativiti di bahagian serangan. Manakala Lettieri pula memasukkan Emil Roback untuk menambah sengat serangan Muangthong.

Kemasukan Orozco memberi impak segera buat Selangor apabila hantarannya pantas disempurnakan Fernandez pada minit ke-47.

Advertisements

Tersentak, The Kirins berusaha menggandakan asakan untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Mereka bernasib baik tidak dibolosi buat kali kedua apabila Kittipong menafikan sepakan deras Fortes pada minit ke-50.

Tatkala Selangor ghairah mencari gol kedua, Purachet Thodsanit menyamakan kedudukan buat Muangthong pada minit ke-54. Meskipun percubaan awal Poramet dinafikan atas garisan oleh Safuwan Baharudin, percubaan susulan Purachet akhirnya menerjah jaring.

Advertisements

Fernandez nyaris meletakkan Selangor kembali di hadapan pada minit ke-73 selepas menerima hantaran cantik Fortes. Malangnya, Kittipong pantas menyekat bola sepakan penyerang Chile itu.

Selangor dan Muangthong terus berusaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kedudukan kedua-dua pasukan dalam Kumpulan H dijangka berubah jika Dynamic Herb Cebu atau Jeonbuk Hyundai Motors meraih kemenangan.

Prestasi cemerlang Tristan Do di bahagian pertahanan The Kirins diiktiraf Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau mendapat markah 7.7, 0.1 mata di hadapan Safuwan.

Advertisements

Selepas ini, Muangthong bakal menentang Chiangrai United dalam aksi terbaru Thai League 1 pada 23 September. Manakala Selangor pula menentang Terengganu FC pada 28 September.

News Comments Account